Khamis, 3 Mei 2018


GUM ARABIC (Getah Arab @ Almanna)


Gum Arabic atau lebih juga di kenali dengan nama GETAH ARAB atau ALMANNA merupakan makanan tambahan yang telah wujud sekian lamanya. Ianya di dapati dari getah pokok jenis AKASIA (Acacia) yang terbahagi kepada beberapa jenis. Pokok Akasia tumbuh subur di kawasan beriklim panas dan tidak memerlukan banyak air untuk hidup. Getah pokok yang di ambil semasa musim panas merupakan yang terbaik.




 Negara Sudan merupakan antara pengeksport terbesar Gum Arabic. Penduduk di Negara Sudan telah lama mengamalkan pengambilan Gum Arabic sebagai makanan tambahan kesihatan. Malah di katakan hospital di sana juga ada memberikan Gum Arabic kepada pesakit mereka. Secara tradisional Gum Arabic di percayai boleh melegakan cirit-birit, sakit gigi, sakit kepala serta menajamkan ingatan bagi mengelak penyakit nyanyuk atau lupa.

KANDUNGAN


Gum Arabic adalah bersifat rapuh, tidak berbau dan tiada rasa. Mengandungi gula kompleks, asid, kalsium dan beberapa jenis elektrolit yang lain. Ianya sangat MUDAH LARUT tetapi tidak larut dalam pelarut organic. Kaya dengan PREBIOTIK dan FIBER (SERAT) semulajadi.
  


Pada zaman dahulu, penduduk mengutip getah pokok yang keluar secara semulajadi. Tetapi pada masa kini untuk tujuan komersial, dahan pokok akan di toreh sedikit bagi mengeluarkan getahnya.


Setelah getah mengeras ianya di ambil oleh pekerja ladang dan di bawa ke kilang bagi tujuan pemprosesan. Gum Arabic di proses menjadi serbuk halus MUDAH LARUT bagi memudah dan mempercepatkan proses penyerapan dalam badan.
Lihat petikan video dari TV ALHIJRAH pada link video ini





PREBIOTIK DAN SERAT


Apakah PREBIOTIK? Ianya adalah merupakan makanan bagi bakteria baik PROBIOTIK yang terdapat di dalam usus manusia. Prebiotik adalah berbentuk fiber. Bakteria di dalam usus akan menjalankan proses penapaian untuk menguraikan fiber tersebut. Hasil daripada penapaian tersebut akan di gunakan sebagai tenaga bagi bakteria di dalam usus. Selain daripada itu ianya juga membantu pembiakkan bakteria baik serta merencatkan pembiakan bakteria jahat.





KELEBIHAN GUM ARABIC

i)                   Mengurangkan keradangan pada bahagian usus. Juga boleh mengurangkan serangan penyakit Inflammatory Bowel Disease
ii)                Melindungi usus daripada penyakit Kanser Usus dan keradangan
iii)              Meningkatkan menyerapan garam galian seperti Zinc, Sodium, Kalsium dan Magnesium
iv)              Mengurangkan kadar risiko untuk mendapat penyakit Jantung dan Strok
v)                 Menyebabkan rasa kenyang. Juga boleh mengurangkan berat badan serta mengelakkan obesiti
vi)              Mengurangkan paras Urea dan menambah nitrogen dalam najis pada pesakit Buah Pinggang
vii)            Memperbaiki tindak balas sistem kekebalan tubuh (Imunisasi)
viii)         Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit Darah Tinggi
ix)              Mengurangkan penghasilan Radikal Oksigen Bebas (Free Oxygen Radical)





KAJIAN YANG DI JALANKAN



Penemuan hasil kajian Gum Arabic oleh The US Food And Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic adalah sumber SERAT yang paling selamat. Ianya mengandungi SERAT semulajadi.

Kajian yang di terbitkan oleh Br.Jour.Nutrition pada Mac 2008, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Hasil kajian klinikal ke atas manusia yang di beri 10 gram Gum Arabic sehari dan 10 gram Inulin selama 4 minggu menunjukkan pertambaham bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides di dalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample yang mengandungi Gum Arabic.

Kajian klinikal yang di jalankan ke atas pesakit Paedriatik End Stage Renal Failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialysis dan manjalani kehidupan lebih baik.
Sumber rujukan: Paedriatic Nephoroly, 2004.

Manakala kajian ke atas haiwan pula menunjukkan penambahan Creatinine Clearance dan perubahan Electrolyte Excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) ke atas masalah Buah Pinggang (Renal Insufficiency).
Sumber rujukan: Tubingen University, Germany

Satu kajian ke atas pesakit Buah Pinggang dan Kencing Manis yang di beri 25 gram Gum Arabic selama 8 – 12 minggu pula mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian yang lain pula menunjukkan penghidap Kencing Manis menunjukkan penurunan gula dalam darah yang memberi kesan positif. Sumber rujukan: Cardiff University, 2012

Pengambilan Gum Arabic boleh mengurangkan kesan buruk pesakit Buah Pinggang Kronik setelah kajian di buat ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (CRF).
Sumber rujukan: Adil Ahmed Ali et. al (2008) dari Faculty of Medicine, Department Biohemistry And Nutrition, University of Gezira, Sudan.

Kajian yang di buat oleh Glover et. al (2009) turut mencadangkan Gum Arabic dapat membantu merawat penyakit jantung.

Pakar dari Sudan, Dr. Isam Siddiq menjelaskan khasiat Gum Arabic mempunyai unsur Prebiotik yang sangat penting untuk bekalan tenaga bagi badan dan membantu prestasi usus.

Manakala seorang Pakar Paedriatric, Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, berkata Gum Arabic terbukti berkesan dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang berkaitan usus. Menurut beliau keberkesanannya mungkin bebeza bagi sesetengah orang.


Juga terdapat artikel yang di terbitkan di Malaysia mengenai Gum Arabic:





SERBUK ALMANNA AMEER (GUM ARABIC PREMIUM QUALITY)






Gum Arabic yang kami bawakan adalah dari jenis pokok AKASIA SENEGAL yang mana menghasilkan getah berkualiti tinggi (Premium Quality). Ianya 100% HALAL & SEMULAJADI tanpa bahan kimia yang mana di import terus dari Sudan. Kaya dengan PREBIOTIK dan SERAT larut.


Serbuk MUDAH LARUT hanya dalam masa 7 saat dan boleh terus di minum. Dibandingkan dengan Gum Arabic yang berbentuk ketulan mengambil masa beberapa jam sebelum boleh di minum. Tidak perlu di tapis kerana tidak mengandungi bandasing. Didatangkan khas dengan kaedah pembungkusan terkini dengan teknologi ZIPLOCK bagi memudahkan penyimpanan setelah di buka.


CARA PENGAMBILAN



Gunakan sudu yang di sertakan di dalam setiap bungkusan Gum Arabic. Setiap bungkusan mengandungi 150gram Gum Arabic untuk tempoh penggunaan selama 8 – 14 hari.

i)                   Tiada Penyakit atau Tiada penyakit Kronik
1 sudu Gum Arabic di bancuh bersama segelas air setiap malam dan pagi (di minum semasa perut kosong). Bukan  air panas atau sejuk.
ii)                Ada Penyakit Kronik
2 sudu Gum Arabic di bancuh bersama segelas air setiap malam dan pagi (di minum semasa perut kosong). Bukan  air panas atau sejuk.
iii)              Kanak-kanak 8 bulan ke atas
1 sudu teh Gum Arabic di bancuh bersama segelas air setiap malam dan pagi (di minum semasa perut kosong). Bukan  air panas atau sejuk.

Nota: Boleh juga di campur bersama Madu atau jus buah-buahan kecuali Teh dan Kopi.

Lihat cara bancuhan Gum Arabic pada link video ini:




Video 2:



TESTIMONI PENGGUNA GUM ARABIC











 Lihat iklan komersial Serbuk Almanna Ameer di TV ALHIJRAH pada link video ini:




PROMOSI!! PROMOSI!! PROMOSI!!

Sebagai promosi pengenalan, untuk masa terhad kami menawarkan harga promosi istimewa seperti berikut:
  






BAGAIMANA CARA MEMBUAT PESANAN GAM ARABIC

Kami membuat penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan Poslaju. Pengeposan pada setiap hari Isnin – Jumaat sahaja.

Bayaran boleh di buat melalui akaun di bawah:

Maybank
Nama :  Ruzlinee Binti Kormin
No Akaun : 164173652159


Sila hantarkan slip bayaran beserta Nama, Alamat dan nombor telefon untuk tujuan penghantaran.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian: 0173600390 atau whatsapp:







PENAFIAN

Gum Arabic merupakan supplemen kesihatan dan bukan pengganti kepada ubat-ubatan. Bagi pesakit kronik, teruskan dengan ubat yang telah di bekalkan. Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya ada sebarang keraguan sebelum mengambil Gum Arabic. Jarakkan masa pengambilan ubat semasa minum Gum Arabic.

GUM ARABIC (Getah Arab @ Almanna) Gum Arabic atau lebih juga di kenali dengan nama GETAH ARAB atau ALMANNA merupakan makanan t...